SME Bank Xcess 2021
Pada 26 Julai 2021 yang lalu Prowheels Distributor telah terlibat dalam program SME Bank Xcess 2021 sebagai salah satu syarikat tonggak disamping syarikat-syarikat lain seperti Pharmaniaga, Tenaga Nasional, Sime Darby Property, Malaysia Airlines, Telekom Malaysia, Boustead Heavy Industries, Duopharma Biotech, Celcom Axiata, UMW Corporation, UEM Edgenta, Ramly Food Processing, KARA Holdings (Ayamas), Bateriku.com, Chatime, Petro Teguh, AEON, Lulu Hypermarket dan Lesong Mart.
Penganjuran pada sesi 2021 ini merupakan buat julung kalinya dianjurkan secara maya, dan telah mendapat penyertaan lebih daripada 1000 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana. Melalui program ini para usahawan perusahaan kecil dan sederhana berpeluang untuk memulihkan perniagaan dan meninjau potensi untuk meluaskan pasaran mereka terutama bagi mereka yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan sejak penularan pandemik Covid-19.