|

Karnival Permotoran Kedah

Karnival Permotoran Kedah
Pada 7 Disember 2019, Prowheels Distributor telah menyertai Teraju Ikatan Auto dalam acara Karnival Permotoran Kedah yang diadakan di dataran MBI Desaku, Kulim, Kedah.

Kernival tersebut telah dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA), Himpunan Anak Kedah Malaysia (HaKEM), Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dan mendapat kerjasama Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Ezcare Warranty, Pendekar Wrap, 2 Brothers Concept serta bebepa agensi separti Jabatan Pengangkutan dan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii). Acara yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 pengunjung itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Mohd Firdaus Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah perhimpunan dan pertemuan ahli-ahli kelab automotif, cabutan bertuah, perkhidmatan kaunter bergerak JPJ, pameran sistem audio, automotive, dan lebih 1000 kenderaan daripada pelbagai jenis seperti kereta klasik, pacuan 4 roda, motosikal, drift trike, dan trak raksasa dari seluruh negara serta negara-negara jiran.

Penganjuran acara ini bertujuan merapatkan hubungan antara ahli kelab-kelab permotoran di tanah air. Selain itu, dapat mendekatkan bidang permotoran dengan masyarakat dari segenap lapisan.



Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)

 

Kuala Sungai Baru,
Bt 4 Mergong,
05150 Alor Setar,
Kedah, Malaysia.


+604 730 7366


marketing.prowheelsdist@gmail.com



Ⓒ 2020 Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)
Visitor: 70282
Powered by NEWPAGES