Lawatan dari Pusat Pengajian Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM)
11 Februari 2020
Selasa
Pihak Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd telah menerima kunjungan lawatan industri dari Pusat Pengajian Perniagaan (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Pelajar dan Jawatankuasa Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Dengan Kepujian) 2U2I.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang pelajar-pelajar BENT 2U2I untuk berkomunikasi serta melihat dengan lebih dekat mengenai operasi perniagaan sebenar bagi memenuhi keperluan Kursus Inkubasi 2, BENT 2U2I