|
Bahasa: EN | BM |

LUBREX UPSKILL DAY 2024 (CENTRAL)

LUBREX UPSKILL DAY 2024 (CENTRAL)

  2 more

Pada 22hb April 2024 hingga 25hb April 2024 yang lalu telah berlangsungnya Program Lubrex Upskill Day di Lubrex Malaysia Central Damansara selama dua hari dan di Ipoh, Perak selama satu hari.

Program yang dianjurkan oleh Lubrex ini adalah merupakan salah satu inisiatif kepada pengusaha bengkel terutamanya pengedar Minyak Lubrex yang ingin menambah ilmu dan melakukan perubahan yang lebih baik. Program ini adalah merupakan salah satu proses untuk penambahbaikan perniagaan agar terus berkembang untuk jangka masa yang panjang. Setakat ini, program upskill day ini sudah dianjurkan sebanyak tujuh kali termasuk negeri Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

Peserta yang terdiri daripada pemilik bengkel dan kerani bengkel ini akan didedahkan dengan pengurusan bengkel yang lebih sistematik dan berkesan. Program Lubrex Upskill Day ini mempunyai tiga sesi iaitu sesi pertama adalah disampaikan oleh Encik Zahir berkenaan Pemfailan Kreatif, sesi kedua disampaikan oleh Encik Hisyam berkenaan Asas Pengurusan Manusia dan sesi ketiga pula disampaikan oleh Encik Hakim berkenaan asas perakaunan serta penggunaan sistem perakaunan.

Semoga pendedahan yang dikongsikan dalam program ini dapat memberi bermanfaat dan diterapkan di setiap bengkel secara berterusan dalam jangka masa panjang. 
Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)

 

Kuala Sungai Baru,
Bt 4 Mergong,
05150 Alor Setar,
Kedah, Malaysia.


+604 730 7366


marketing.prowheelsdist@gmail.com



Ⓒ 2020 Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)
Visitor:
Powered by NEWPAGES