|

Memorandum Persefahaman Bersama SME Bank

Memorandum Persefahaman Bersama SME Bank
Pada 1 Julai 2019 telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. dan SME Bank. Majlis dirasmikan oleh Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank.

Memorandum ini bertujuan untuk memudahkan pihak SME Bank untuk menawarkan kemudahan pembiayaan kepada peniaga-peniaga yang terpilih melalui Prowheels Distributor. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan ketepatan kriteria yang termaktub untuk diberi kontrak atau pengendali berlesen.

Melalui kerjasama ini, seramai 11 syarikat yang bernaung dibawah Prowheels Distributor telah berjaya mendapat pembiayaan dari SME Bank. Sasaran pembiayaan akan bertambah dari masa ke masa berikutan bertambahnya syarikat baru yang ingin turut serta menyertai Prowheels Distributor.

Untuk makluman semua, Prowheels Distributor bukan sekadar mengedar minyak enjin dan tayar kereta sahaja bahkan turut menawarkan khidmat nasihat dari segi jualan, pemasaran serta pembiayaan bagi mengembangkan lagi perniagaan anda.



Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)

 

Kuala Sungai Baru,
Bt 4 Mergong,
05150 Alor Setar,
Kedah, Malaysia.


+604 730 7366


marketing.prowheelsdist@gmail.com



Ⓒ 2020 Prowheels Distributor (M) Sdn. Bhd. (1270164-T)
Visitor: 70277
Powered by NEWPAGES